Sejarah Momokz

Assalamualaikum...

Ni nak cerita sikit nih. Kalau sudi bacalah yek! Saya Momokz (bukan nama sebenar) berasal dari Batu Pahat, Johor.

Kecik-kecik dulu membesar di Quarters Institut Haiwan, Kluang sampai le abah pencen (sekitar 2004).

Saya memulakan karya sebagai freelance kartunis di beberapa majalah... Gelagat ada sikit, Din Lawak yang banyak (1996-1998). Masa tu memang gila betul melukis kartun nih. Sampailah satu masa, saya stop hantar karya selepas majalah tersebut gulung tikar. Masa tu saya pun dah masuk UiTM di Lendu, Melaka.

Berbekalkan segulung ijazah dalam Seni Lukis Dan Seni Reka (Major Illustration), saya berhijrahlah ke kolumpo. Ntah la... zaman-zaman tu kalau nak cari kerja bidang seni ni... ke bandar metropolitanlah jawabnya.

Masa tu kerja sebagai pereka grafik di syarikat buat filem/drama. Dari situ saya fokus pada dunia grafik sahaja dan meninggalkan terus dunia kartun. Kemudian mendapat pekerjaan jadi orang gomen sehingga sekarang.

Sekitar tahun 2008, saya mewujudkan komik online. Masa ni tak banyak lagi komik yang dibuat secara online, kami banyak bersatu di forum SIFOO.com dan PERGH.com je. Hantar karya... dan yang lainnya beri komen atau kutukan yang sangatlah pedasnya.

Sehinggakan nama saya dimasukkan dalam wikipedia (https://ms.wikipedia.org/wiki/Moks) sebagai salah seorang penggiat kartun di Malaysia.

Saya juga telah menghasilkan 2 buah buku cerita kanak-kanak (dalam #Projek100buku) terbitan Karangkraf. Selain itu ada beberapa karya penulis lain yang menggunakan khidmat saya sebagai illustrator. Antaranya ialah:


Okey, kalau sudi dapatkanlah naskhah-naskhah ini di Karangkraf Mall atau kedai-kedai buku berhampiran anda yaa.... Tengkiu!!!

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

create with flickr badge.